cerita bersalin Hana Sofea.
aku kena tahan 30 hari dekat hospital sebelum lahirkan Sofea ni. doktor kata PPROM, air ketuban leaking. aku sedar pasal leaking ni masa 29weeks. pukul 3 pagi 10/9 aku dengan suami ke hospital sebab duk perasan yang air jernih duk keluar je. bila pakai pantyliner mesti basah. tunjuk dekat suami, google sikit sikit, terus gi hospital. sampai dekat hospital doktor tak percaya, ingat aku sesaja nak mintak MC kot. kena seluk, doktor kata belum terbukak, jalan pun kering. tapi aku kena tahan jugak takut takut apa aku cakap tu betul.
maka bertahanlah aku di hospital. check jalan memang tak terbukak langsung. masa first scan di hospital, doktor kata level air ketuban 8AFI. tapi yang jadi masalah keputihan aku yang terlampau teruk. kena masuk ubat ikut miss V 3 hari berturut.
scan yang kedua seminggu kemudian, naik jadi 10AFI tapi aku tetap rasa yang air tu keluar. so doktor kata never mind. kita monitor for one more week. scan ketiga jadi 2AFI sahaja. doktor pun dah panik. takut baby lemas. tetiap hari aku kena buat CTG scan tu.
tapi nak jadi cerita lepas scan 2AFI tu, aku perasan yang baby aku makin kurang gerak. biasa pukul 12,2 petang dah cukup 10 gerakan. ni pukul 9 baru cukup. aku bagitahu lah doktor. doktor kata kta tengok 2 hari ni macam mana, kalau tak cukup jugak, terus induced. cadangan doktor nak induced pada minggu ke 34. masa tu aku baru 33 minggu.
2 hari tu tetap baby kurang gerak. bila scan baby memang gerak tapi sebab air dah kurang sangat so aku pun tak rasa pergerakan baby tu.
9/10/13, doktor pakar datang bincang dengan aku. dia kata since aku concern dengan keadaan baby sebab dah kurang gerak, dorang nak start induced on that day tapi aku kena kuatlah incase anything happen to the baby sebab baru 33 minggu. aku pun demi baby, menyerahlah. 9 pagi aku kena induced thru vagina.
petang tu pukul 4, doktor check jalan. tak terbukak langsung. masuk lagi satu. tapi aku pun memang takrasa pape pun. sikit pun tak sakit. ubat yang kedua ni yang buat aku rasa macam cramp sikit sikit. tapi takdelah contraction nak beranak tu.
esoknya 10/10/13, doktor check jalan lagi. baru 3 cm. masuk lagi sebijik. lepas yang ketiga ni masyaAllah. baru datang sakit tu. perghhhhh. dahsyat. tapi allah tetap nak uji, jalan bukak 4 cm je bila check pukul 8 malam. doktor pakar kata taknak tanggung apa apa risiko, pukul 12 tengah malam aku masuk dalam LR.
dalam LR tu kena kerja lagi sebab jalan 4cm, ubat dah masuk 2 hari, baby dah makin slow. doktor buat jalan secara manual. subhanallah. tu lah sakit yang paling sakit yang aku pernah rasa. kalau ikutkan sakit ni memang aku rasa macam nak pengsan. dekat sejam jugaklah doktor duk godek godek bawah tu. dari 4 cm jadi 7 cm. pukul 1 pagi, nurse pun tanya nak panggil suami tak sebab aku duk sorang je dalam bilik khas. ye lah, special case sebab tak cukup bulan. sebelum suami aku masuk, aku mintak ubat tahan sakit tapi bukan epidural. sempat lagi aku merapu. haha. aku kata nak ubat tahan sakit yang cucuk punggung masa PREM. haha. dapatlah sekali, aku nak ubat tu sebab ubat tu buat aku jadi mengantuk gila so jimat tenaga. dari aku jerit tahan sakit, aku tidur.
suami masuk masa contraction aku selang 5 minit. tapi setiap 5 minit tu aku boleh tidur lena. tiap kali contraction aku sedar, aku pegang tangan suami aku kuat kuat, lepas tu sambung tidur balik. haha. tengah tengah syok tidur tu aku rasa macam nak berak sangat sangat. sempat lagi duk fikir ni nak berak tahi ke mimpi je ni. tapi sambil sambil tu aku teran jugak sikit sikit. layan je orang kata. at one point memang dah takleh tahan nak berak tu. aku gitau suami, nak berak nak berak nak berak. hahaha. suami pun dengan muka panic panggil nurse. nurse check jalan dah 9cm. panggil doktor. masa doktor datang nak check jalan tu aku marah doktor tu.
" tadi kan dah check jalan, watpe nak check lagiiiiiii"
"tadi tu nurse. saya doktor, saya kena check jugak" doktor tu jawab sambil gelak gelak. dia cakap dah 9cm tapi lambat lagi ni. lepas subuh baru keluar baby. ada sorang lagi doktor selamba je minum air tea ais sebelah aku sambil pegang paha. hampeh betul.
theeeeennnnnn, daya dan rasa nak berak tu melampau sangat sampai aku cakap dalam hati " tahi pun tahi lah, busuk pun busuklah" terus aku teran seteran terannya. nurse yang jaga tu cepat cepat pakai glove sambil duk nyanyi panggil doktor "doktor, doktor, doktor, doktor, meh lerrr"
doktor sampai je terus pakai glove; "eh puan, teran lagi puan. sebelah tangan pegang kaki. teran kuat kuat."
meneranlah aku sambil tahan nafas. adalah dalam 30 saat kot aku tak tarik nafas. habis je teran pertama tu memang tercungap betul. takpernah rasa takcukup nafas macam tu. tapi doktor duk pesan "jangan rehat lama puan, baby kecik kesian baby. tarik nafas terus teran"
teran lagi sekali, aku dengar bunyi baby. tapi dua kali je uwek nya. lepas tu diam. cemas wooooo. aku lah. doktor nya relax je. alhamdullah 3.07 pagi Hana Sofea selamat sedut oksigen buat pertama kali. doktor bagi cium, pegang sekejap lepas tu suami pun iqamatkan. then doktor pakar bawak baby naik tingkat 5. 10minit je duduk dalam incubator sebab takde masalah nak bernafas on her own.
pukul 5pagi aku pun masuk wad balik. jumpa ummi. sayu je tengok muka ummi. baru aku tau pengorbanan ummi nak lahirkan aku macam mana. masuk wad tu pun aku mamai mamai lagi. ubat tahan sakit tak hilang lagi. aku pun sambung tidur, tak sedar langsung bila masa ummi dengan suami aku balik. oh ya, baby opkos lah kena tahan sebab tak cukup bulan.
gitu lah cerita nak lahirkan sofea yang aku boleh share dengan semua orang. ada certain part untuk aku dan suami je lah.
orang tanya serik tak nak bersalin lagi? jawapan aku bersalin takserik tapi nak bersalin tu yang serik.
to the TTCians, never give up. baby dust to all :)