Lilypie Premature Baby tickers

14.2.14

#33

Hana Sofea warded. Diarrhea.

aduhai anak. merasa jugaklah aku bermalam di hospital tidur atas katil budak yang kecik tu. patah pinggang woi.

ceritanya si Sofea ni cirit birit. 12 kali dia buang air besar. cair. berair. ada gambar najis tu tapi kang geli pulak korang nengok gambar tu. start dari 2 pagi Sofea buang air besar. aku dengan suami ingatkan normal je, berak biasa biasa. esoknya tu berak lagi.

tengah hari, bawak gi klinik. doktor just bagi air garam tu. so aku hantarlah Sofea pada maksu dia macam biasa before aku gi kerja. balik kerja tu suami cakap still berak berak. so aku decide sampai pukul 9 malam kalau berak jugak, gi klinik.

malam tu, memang berak jugak. terus bawak gi KTS nak cepat kan. kalau gi hospital besar kang kena tunggu lama. jumpa je doktor, terus suruh masuk wad tapi wad kanak kanak dah full so dia refer ke hospital besar. menapak lah kami ke sana.

samapi sana, tunggu kejap untuk periksa yang basic tu. masuk je dalam tu, cerita sikit sikit dekat nurse, terus nurse kata kes emergency, terus jumpa doktor lepas daftar. tak perlu tunggu apa semua. setel daftar dekat kaunter, terus masuk bilik 6. ada doktor 3 orang. aku tunjuklah gambar najis tu, terus doktor kata masuk wad. tak sentuh pun Sofea. takde nak interview (kononnya) aku apa semua.

panic attack ler jawabnya. ingatkan dah teruk bebenor. masuk wad 5cd, bed c3. full house wad. banyak rupanya kes diarrhea ni. kesian pulak aku tengok mak mak yang menunggu tu. semua tidur atas katil kecik tu. ayayayayai. Sofea la pesakit palinag muda masuk wad diarrhea tu.

dalam pukul 11 lbih doktor datang check, Sofea still berak berak. doktor kata kita tengok dulu macam mana, tak perlu masuk air lagi sebab kulit Sofea still moist and soft maknanya air still cukup, cantik dalam badan. suami aku tunggu sampai pukul 1 lebih je lepas tu tinggal lah aku dengan Sofea.

mengamuk jugak Sofea malam tu nak tidur sebab panas dengan nyamuk. dapat lah 2 ketul love bites dari nyamuk durjana.

esoknya, aku check pampers clear je. just kencing. doktor check, pun suruh tunggu dulu, tapi nampak macam okay. doktor oakar datang check pukul 3 lebih. terus cakap boleh keluar. sebab Sofea tak makan lagi and tak fully bf so food poisoning tu boleh diabaikan. aku pulak takde gi travel mana mana pun, plus keluarga takde sorang pun yang kena diarrhe. Sofea pulak ya ampun aktif semacam. japgi aku upload gambar dia di hospital. memang takde rupa orang sakit.

last last doktor kata "anak awak nak beralih bulan kot ni".

dengggg. kenapa aku tak perasan. masa masuk wad tu ngam ngam 4 bulan. haha.

maka merasalah aku dengan Sofea bercuti semalaman di hospital. haha.

Ni muka babgun pagi. Takde muka sakit pun.


Ni muka lepas meneran. Last berak di hospital. Haha



"Apa mommy, dah kena balik?"

#32

cerita sunat Hana Sofea.

alhamdulillah, dah selamat dah Sofea disunatkan. haha. aku paksa suami aku bawak gi klinik awal awal. takut kang dah besar deria sakit tu makin kuat.

aku buat dekat Klinik Rawatan Keluarga, sebelah dengan KTS. murah. RM35 sahaja. Doktor Sharifah pulak best, lembut je. masa nak sunatkan Sofea ni aku gi redah je. takde appointment apa benda. sampai dekat  kaunter tanya nurse " nak sunat anak boleh tak?" takde salam takde apa dah. haha. gelojoh bebenor.

nak dijadikan cerita, Sofea beraaaakkkkkk before nak sunat tu. Sofea ni kan dah fully fm so korang faham faham je lah bau tu ya ampunnnn. busuk melampau lampau dalam bilik doktor tu. haha. tapi doktor pulak selamba je gi main dengan Sofea masa aku bersihkan poo poo dia.

masa doktor nak sunat tu aku try jugak nak intai tapi tak dapat sebab nurse tu pegang Sofea so terlindung. aku volunteer nak pegang tapi doktor kata bagi nurse jelah takut aku terlepas masa nak potong tu. betul lah jugak. kalau terlepas, tak ke naya anak aku. encik suami awal awal dah cabut. takut ler tu. haha.

doktor potong je Sofea punya tut, meraunglah dia. masa tengah melalak tu doktor pujuk pujuk, boleh Sofea ni berenti sekejap melalak, senyum dekat doktor lepas tu sambung balik melalak tu. sabor je lah layan dia nih. tapi alhamdulillah tak lama Sofea menangis. masa pakaikan seluar dalam bilik doktor tu dia dah stop menangis.

dah setel semua, tunggu nak bayarlah kan. bagi la upah dekat Sofea. tak habis minum pun. tertidur dulu. penat kot kena sunat. eh?

aku duk tunggu tunggu jugak dalam seminggu tu kot kot Sofea demam ke apa ke tapi alhamdulillah, setel je dia ni. takde masalah. luka pun ok je, comel. aku try jugak intai tempat potong tu tapi hape pun tak nampak sebab si Sofea ni duk kepit je masa tukar pampers.

so kalau korang duk area Kuala Terengganu, silalah ke KRK. recommended by me. kalau korang percaya aku lah. haha.

chow.



Muka baru lepas kena fotonggg

Sampai rumah pun tak bangun. Fenattt

#31

cerita susu Hana Sofea.

allahuakbar.

bab susu badan memang buat aku sedih. aku sempat bagi susu badan untuk Sofea untuk 2 bulan lebih je. masuk 3 bulan, Sofea fully fm.

kenapa?

masalah fizikal. aku ada nipple yang besar tapi pendek. so Sofea tak boleh nak grip masa menyusu. puas aku paksa. alhamdulillah, 2 bulan lebih dia dah boleh grip cantik cantik tapi bukan rezeki Sofea, masa dia dah pandai grip tu susu dah kurang.

aku dah cuba sehabis daya dah. bagi aku lah. beli supplements. makan on time. minum air bergelen gelen. pam 2-3 jam sekali sampai tertidur pun pernah. suami kejut tiap tiap malam untuk pam. dapat dalam 2oz paling banyak.

sedih. memang sedih. tapi aku redha. sebab aku tau aku dah usaha.

memang ada mulut yang berbunyi. kenapa tak bagi susu badan. kenapa bagi susu lembu. tak kesian anak ke. sampai hati buat anak macam tu.

ya, semua tau kutuk. tapi tak siapa pun yang datang dekat, tanya. apa masalah? kenapa?

tiap malam aku menangis bagi anak minum dalam botol. ada yang tanya? takde.
tiap malam aku pam sampai terlentok. ada yang tanya? takde.
tiap kali anak aku belajar nak grip nipple, aku biar sampai terbelah dua nipple. ada yang tanya? takde.
tiap kali mandi, aku pull nipple sampai pedih, menangis lagi sorang sorang. ada yang tanya? takde.

tapiiii

ADA YANG KUTUK?

ada. ramai. sampai kutuk aku cukup cukup depan orang ramai, cerita pasal nipple aku dipersendakan. maruah aku dipijak pijak. semata mata sebab rezeki aku untuk menyusukan Sofea tak lama.

.

banyak nak cerita. tapi bab susu ni memang akan buat aku menangis.

.

so sekarang Sofea dah fully fm. minum susu Anmum. alhamdulillah serasi. badan pun naik cun je. dah tak underweight. graf pun dah comel je, dah sama macam budak yang lahir normal.

so, so far so good lah.

nasihat aku pada semua, jagalah hati orang lain. insyaAllah orang akan jaga hati kau. aku mesti dah banyak sakitkan hati orang sebab tu ramai yang sakit kan hati aku.

wallahuallam.
Muka budak fully fm.