Lilypie Premature Baby tickers

14.2.14

#32

cerita sunat Hana Sofea.

alhamdulillah, dah selamat dah Sofea disunatkan. haha. aku paksa suami aku bawak gi klinik awal awal. takut kang dah besar deria sakit tu makin kuat.

aku buat dekat Klinik Rawatan Keluarga, sebelah dengan KTS. murah. RM35 sahaja. Doktor Sharifah pulak best, lembut je. masa nak sunatkan Sofea ni aku gi redah je. takde appointment apa benda. sampai dekat  kaunter tanya nurse " nak sunat anak boleh tak?" takde salam takde apa dah. haha. gelojoh bebenor.

nak dijadikan cerita, Sofea beraaaakkkkkk before nak sunat tu. Sofea ni kan dah fully fm so korang faham faham je lah bau tu ya ampunnnn. busuk melampau lampau dalam bilik doktor tu. haha. tapi doktor pulak selamba je gi main dengan Sofea masa aku bersihkan poo poo dia.

masa doktor nak sunat tu aku try jugak nak intai tapi tak dapat sebab nurse tu pegang Sofea so terlindung. aku volunteer nak pegang tapi doktor kata bagi nurse jelah takut aku terlepas masa nak potong tu. betul lah jugak. kalau terlepas, tak ke naya anak aku. encik suami awal awal dah cabut. takut ler tu. haha.

doktor potong je Sofea punya tut, meraunglah dia. masa tengah melalak tu doktor pujuk pujuk, boleh Sofea ni berenti sekejap melalak, senyum dekat doktor lepas tu sambung balik melalak tu. sabor je lah layan dia nih. tapi alhamdulillah tak lama Sofea menangis. masa pakaikan seluar dalam bilik doktor tu dia dah stop menangis.

dah setel semua, tunggu nak bayarlah kan. bagi la upah dekat Sofea. tak habis minum pun. tertidur dulu. penat kot kena sunat. eh?

aku duk tunggu tunggu jugak dalam seminggu tu kot kot Sofea demam ke apa ke tapi alhamdulillah, setel je dia ni. takde masalah. luka pun ok je, comel. aku try jugak intai tempat potong tu tapi hape pun tak nampak sebab si Sofea ni duk kepit je masa tukar pampers.

so kalau korang duk area Kuala Terengganu, silalah ke KRK. recommended by me. kalau korang percaya aku lah. haha.

chow.



Muka baru lepas kena fotonggg

Sampai rumah pun tak bangun. Fenattt

No comments:

Post a Comment